Latar Tempat Magical Girl Lyrical Nanoha A's

Bandar Uminari

Bandar Uminari ialah sebuah bandar yang terletak di dimensi Bumi. Bandar ini didiami oleh manusia biasa. Rumah Takamachi Nanoha, Yagami Hayate dan Gill Graham terletak di bandar ini.

Hospital Uminari

Hospital UminariHospital Uminari terletak dalam bandar Uminari. Hospital ini menjadi tempat Yagami Hayate mendapatkan rawatan berhubung dengan penyakit lumpuhnya. Di hospital ini juga, Takamachi Nanoha dan Fate testarossa bertemu dengan Guardian Knight dan mendapat tahu bahawa Hayate ialah Master kebapada Buku Kezaliman.

Perpustakaan Uminari

Yagami Hayate, Master kepada Buku Kezaliman gemar membaca buku. Oleh itu Hayate selalu berkunjung ke perpustakaan awam yang terletak di Bandar Uminari. Pada suatu hari, Hayate ingin mengambil sebuah buku di rak, tetapi dia tidak berdaya kerana kakinya lumpuh. Kebetulan pula, Suzuka Tsukimura berada di situ dan dia menolong Hayate untuk mengambil buku tersebut. Bermulalah persahabatan antara Hayate dan sahabat Nanoha, iaitu Suzuka.

Rumah Keluarga Yagami

Apabila disebut mengenai keluarga Yagami, semestinya ianya berkaitan dengan Guardian Knight. Rumah Yagami ialah kediaman milik Hayate. Dia tinggal bersama sama dengan Signum, Vita, Shamal, dan juga Zafira.

Kedai Kek Midoriya

Merupakan kedai kek keluarga Takamachi. Kedai kek ini sering dikunji oleh sahabat Nanoha seperti, Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Pada musim kedua, Magical Girl Lyrical Nanoha A's, Fate testarossa turut berkunjung ke kedai ini untuk menikmati kek.

Jabatan Angkasa Bureau

Jabatan Angkasa Bureau menempatkan pegawai Kapal Asura seperti Gill Graham,Lindy Harlaown, Chrono Harlaown dan Amy Lamietta. Mereka bertanggungjawab mengawal keselamatan dimensi.